Monday, March 14, 2011 | By: Shj

Family Hj Jaafar Bin Hj Abd.Hamid + Hajah Zaimah Sulong

FAMILY KAKAK SULONG (HAIRANI)



FAMILY ABANG (ZAINAL ABIDIN)



FAMILY ABANG (ZULKIFLI)



FAMILY ABANG (HAMIZUL SHAHNIZAM)


FAMILY KAKAK (NAZIAN HANI)

Wednesday, February 23, 2011 | By: Shj

Sepetang di Pulau Warisan

Pulau Warisan

Masa yang terluang kenalah isi dengan aktiviti,raya cina tahun ni 2011 semua adik beradik balik...riuh damat lah rumah aku..nak runtuh pun ader..maklum jerlah,rumah kecik,papan pulok tu..diisi dengan dengan 40 orang 1 rumah..hush..!!

Aktiviti Petang takde kerja,kami berpakat ke Pulau Warisan ala...dekat dengan Pasar Kedai Payang tu...belakang tu jer... katanya ada jambatan gantung,so kami pun bercadang lah ke sana..ha..ni lah gambar kami an0k beran0k... j0m layaaaan.!!


anak sedaro belako lah ni...!! Besar daripada m0k sedare d0h..


Tuesday, February 22, 2011 | By: Shj

Percutian ke Beijing,China Part 1

Assalamualaikum......

Percutian aku ke Beijing pada musim sejuk (salji) memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan...sehinggakan ke hari ini terasa macam nak pergi lagi untuk merasai musim itu..ok..ok..
Perancangan aku ke sana dilakukan lebih awal, aku booking tiket Air Asia bulan 5 2010 lagi nak terbang 14/02/2011..aku sambut valentines Day kat saner..hu..hu..OO0p.! sorry mana leh rai..
Pukul 4.00am aku bertolak dari rumah bersama teman sekerja ku..sampai airport LCCT jam 6.00am,penerbangan kami jam 830am.. Kami ke sana bersama rakan sekerja seramai 20 0rang bersama group dari Felda,menjadikan lebih 40 orang,huh memang ramai,,tapi best dapat kenal ramai kawan..Perjalanan mengambil masa 6 jam dari Kuala Lumpur ke TianJin.

Inilah Memori kami semasa di saner(Klik gambar untuk pembesaran)












Tips Jimatkan Penggunaan Bateri BlackBerry

1. Off kan Bluetooth/Wifi kalau x guna
2. Pegi Settings > Screen/Keyboard> then turunkan backlight brightness (saya guna 10 jak, dah cukup terang), Backlight timeout pun kurangkan (10 seconds sudah), On kan Automatically dim backlight dan off kan LED indicator
3. Untuk kurangkan bateri, letak phone dalam keadaan standby kalau tak guna. Kalau tempat takde line/tak perlu guna hp, boleh power off kan untuk sementara waktu.

Selamat Beramal....
Monday, April 19, 2010 | By: Shj

Azabnya siksaan neraka

Setiap perbuatan yang dikerjakan akan dirakam dan dibentangkan di akhirat kelak.

Firman Allah swt :

"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 17,18)

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa Siin 65)

Diantara azab siksaan Neraka :

Kulit menjadi Masak, Firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 56)

Dihancurkan apa yg ada di dalam Perut dan Pukulan Dgn Besi, Firman Allah swt :

"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak.

Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.

Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. (Al-Hajj 19,20,21)

Makanan mereka adalah Zaqqum, Firman Allah swt :

"(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum.
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Ad-Dukhaan 43,44,45,46)

Minuman mereka adalah air Mendidih, Nanah dan Air Danur, Firman Allah swt :

"Dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Muhamad 15)

"Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (Ibrahim 17)

* Sama-sama kita memohon kepada Allah swt, agar selamat dari azab siksaan neraka.

* Segala keterlanjuran yang lepas sama-sama kita insafi, balik kembali bertaubat kepada Allah swt.

Firman Allah swt :

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li 'Imraan 135)

Nabi saw mengingatkan supaya kita berlindung dari empat perkara dan disuruh membacanya setiap kali selepas tahiyyat akhir.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Sabda nabi saw :

"Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir maka berlindunglah kamu dari empat perkara. Daripada azab api neraka, azab siksaan kubur, segala fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah dajjal. (Hr Muslim)

اللهم انا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنا نسألك الجنه وماقرب اليها من قول وعمل
Saturday, April 17, 2010 | By: Shj

Bondaku yang pemalu...



Gambar ni sebenarnya raya tahun sudah...beberapa tahun lamanya..aku yang ambil, time ni pakai kamera biasa jer digital kamera canon isus.. ni lah ayah dan mak i... mak i ni pemalu skit, sebab tu jauh dari ayah i...hu..hu... dah beberapa kali suruh duduk dekat..malu katanya..malu kat anak-anak dan cucu nya,sbb time ni ramai yang nonton nak tgk mak and ayah i bergambar... sajer-sajer kami pekenakan....

Ayah dan Bonda



Mari...Mari...!

Saya perkenalkan, ni gambar zaman dulu kala,waktu ni aku memang langsung tak wujud sebab dalam gambar ni baru ade 6 adik beradik berbanding sekarang 11 orang,mana lagi5..?tentulah x wujud lagi kan.?hu..hu..aku punya adik beradik 13 sebenarnya,hanya tinggal 11 orang...2 sudah meninggal..(al-fatihah)