Monday, April 19, 2010 | By: Shj

Azabnya siksaan neraka

Setiap perbuatan yang dikerjakan akan dirakam dan dibentangkan di akhirat kelak.

Firman Allah swt :

"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 17,18)

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa Siin 65)

Diantara azab siksaan Neraka :

Kulit menjadi Masak, Firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 56)

Dihancurkan apa yg ada di dalam Perut dan Pukulan Dgn Besi, Firman Allah swt :

"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak.

Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.

Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. (Al-Hajj 19,20,21)

Makanan mereka adalah Zaqqum, Firman Allah swt :

"(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum.
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Ad-Dukhaan 43,44,45,46)

Minuman mereka adalah air Mendidih, Nanah dan Air Danur, Firman Allah swt :

"Dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Muhamad 15)

"Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (Ibrahim 17)

* Sama-sama kita memohon kepada Allah swt, agar selamat dari azab siksaan neraka.

* Segala keterlanjuran yang lepas sama-sama kita insafi, balik kembali bertaubat kepada Allah swt.

Firman Allah swt :

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li 'Imraan 135)

Nabi saw mengingatkan supaya kita berlindung dari empat perkara dan disuruh membacanya setiap kali selepas tahiyyat akhir.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Sabda nabi saw :

"Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir maka berlindunglah kamu dari empat perkara. Daripada azab api neraka, azab siksaan kubur, segala fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah dajjal. (Hr Muslim)

اللهم انا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنا نسألك الجنه وماقرب اليها من قول وعمل
Saturday, April 17, 2010 | By: Shj

Bondaku yang pemalu...



Gambar ni sebenarnya raya tahun sudah...beberapa tahun lamanya..aku yang ambil, time ni pakai kamera biasa jer digital kamera canon isus.. ni lah ayah dan mak i... mak i ni pemalu skit, sebab tu jauh dari ayah i...hu..hu... dah beberapa kali suruh duduk dekat..malu katanya..malu kat anak-anak dan cucu nya,sbb time ni ramai yang nonton nak tgk mak and ayah i bergambar... sajer-sajer kami pekenakan....

Ayah dan Bonda



Mari...Mari...!

Saya perkenalkan, ni gambar zaman dulu kala,waktu ni aku memang langsung tak wujud sebab dalam gambar ni baru ade 6 adik beradik berbanding sekarang 11 orang,mana lagi5..?tentulah x wujud lagi kan.?hu..hu..aku punya adik beradik 13 sebenarnya,hanya tinggal 11 orang...2 sudah meninggal..(al-fatihah)

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita

PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.